Cara belajar Claude AI untuk pemula

Oleh Izzat Azizi · Dikemas kini 13 Nov 2026

Jawapan ringkas: mula dengan akaun percuma di claude.ai, guna Claude untuk satu kerja yang anda buat setiap minggu, kemudian ajar Claude tentang bisnes anda melalui Projects. Anda tak perlu tahu coding.

Apa itu Claude?

Claude ialah pembantu AI yang dibina oleh syarikat Anthropic. Anda taip arahan dalam bahasa biasa, termasuk Bahasa Melayu, dan Claude menulis, meringkaskan, menganalisis fail atau membina sesuatu untuk anda.

Claude ada tiga cara guna yang utama:

  • Chat: soal jawab dan menulis, di claude.ai atau aplikasi telefon.
  • Cowork: Claude buat kerja berbilang langkah dengan fail di komputer anda.
  • Claude Code: Claude menulis dan menjalankan kod. Sesuai untuk bina website, sistem kecil atau automasi.

5 langkah pertama

  1. Buka akaun percuma di claude.ai dan cuba dulu.
  2. Pilih satu kerja berulang, contohnya balas emel pelanggan atau buat laporan mingguan. Jangan cuba semua serentak.
  3. Bagi konteks, bukan prompt panjang. Beritahu Claude siapa pelanggan anda, apa produk anda dan gaya tulisan anda.
  4. Simpan konteks itu dalam Projects supaya anda tak perlu ulang setiap kali.
  5. Semak hasil. Claude boleh silap. Semak angka, nama dan fakta sebelum hantar kepada orang lain.

Silap yang selalu berlaku

  • Menulis prompt panjang tetapi tak beri maklumat tentang bisnes sendiri. Hasilnya jawapan umum.
  • Terus percaya jawapan tanpa semak.
  • Melanggan plan berbayar sebelum tahu kerja apa yang nak diserahkan kepada AI.

Bila patut naik ke plan berbayar?

Naik ke Claude Pro bila anda selalu kena had penggunaan plan percuma, atau bila anda mahu guna Projects dengan lebih banyak fail, Cowork dan Claude Code. Semak harga terkini di laman rasmi Claude.

Soalan lazim

Perlu tahu coding untuk guna Claude?

Tidak. Chat dan Cowork guna arahan bahasa biasa. Claude Code pun boleh diguna tanpa latar belakang coding, tetapi anda perlu belajar asas cara ia berfungsi.

Claude boleh faham Bahasa Melayu?

Boleh. Anda boleh beri arahan dan minta jawapan dalam Bahasa Melayu.

Berapa lama nak belajar Claude?

Asas chat boleh difahami dalam satu petang. Untuk serahkan kerja berulang kepada Claude, biasanya perlu beberapa minggu latihan dengan kerja sendiri.

Nak belajar ikut langkah, dengan video? OperatorAI ada kursus video dalam Bahasa Melayu. Belajar ikut masa sendiri.

Claude Cowork → Lihat silibus semua kursus →